Makluman Am berkenaan ko-kurikulum
Semua Semester 1 : Isnin ( 17:00 - 19:00 p.m )
Semua Semester 2 : Selasa ( 17:00 - 19:00 p.m )
Semua Semester 3 : Rabu ( 17:00 - 19:00 p.m )
( Makluman dan peringatan penting sila scroll ke bawah )
Sebarang pertanyaan berkenaan ko-kurikulum:
09 - 460 2739
Unit Ko-Kurikulum Bahagian HEP
Bangunan Sebelah Padang Bolasepak A
@ Waktu dikhususkan
17:00-19:00pm hari berkenaan sahaja. Kepada
repeaters serta yang
carry, sila pastikan ianya tidak bertembung dengan aktiviti akademik dan aktiviti rasmi yang lain. Justeru semua calon dinasihatkan "
Lulus" Ko-kurikulum mengikut semester yang ditentukan bagi mengelakkan masalah teknikal berkenaan.
@ Jika Jurulatih mengadakan pada
waktu atau hari selainnya (termasuk menggantinya atau aktiviti tambahan seperti kem, excursion, workshop dan seumpamanya) pastikan anda tiada pertembungan dengan kuliah akademik/ ujian lain dan aktiviti rasmi yang lain. Anda wajib memohon kelulusan pengecualian "
sebelum" aktiviti tersebut dari pengendali aktiviti rasmi atau akademik/ fakulti yang bertembung itu. Ianya tidak terhad kepada hari kuliah dan merangkumi hujung minggu juga.
@ Aktiviti Akademik serta aktiviti rasmi yang lain "
tidak dibenarlan" diadakan pada waktu ko-kurikulum tersebut (sem 1,2,3 waktu di atas iaitu 17:00-19:00 pm) kecuali arahan/ kelulusan daripada HEP atau yang berwajib. Sila maklumkan pensyarah/ pengendali/ penganjur aktiviti lain bahawa anda diwajibkan mengikuti aktiviti ko-kurikulum berdaftar yang berkenaan.
@ Ko-Kurikulum bagi semester 2 dan 3 adalah berkait/ sinambungan. Calon yang mengambil mana-mana ko-k semester 2 diwajibkan mengambil ko-Lanjutan yang sama, berkait dan berkenaan ko yang telah didudukinya pada semester 2 bagi ko-k semester 3.
@ Sila dapatkan maklumat jelas dan sah dari Unit Ko-Kurikulum berkenaan pendaftaran dan perjalanan/ aktiviti ko-k dari HEP seperti dimaklumkan di atas.
@ Calon
wajib lulus kesemua 3 ko-kurikulum yang ditetapkan oleh sistem UiTM bagi melayakkan beliau grade Diploma berkenaan. Calon tidak layak dianugerahkan Diploma mana-mana fakulti selagi belum lulus kesemua 3 ko yang ditetapkan. Seeloknya anda pastikan lulus pada 3 semester awal bagi mengelakkan pertembungan waktu aktiviti semester 4 dan ke atas (semester 4 dan ke atas mengadakan kuliah akademik termasuk pada waktu 17:00-19:00 yang serentak dengan aktiviti ko-k).
@ Selamat maju jaya dan selamat ber ko-kurikulum.
Badan cergas, minda cerdas, jiwa bebas, halangan dicantas, keburukan dibatas, amanah digalas, diri bernas ...